Thursday, September 13, 2012

Mengenali Insan(manusia)


Mari kita mengenali Insan(Manusia),kejadian pertama bermula dari tanah kemudia dari air mani yang hina dan meloyakan,Ianya keluar dari tempat yang hina dan menjijikan lagi memalukan.Fizikalnya lemah daripada haiwan.Tercucuk duri kecil sahaja sudah menjerit.Anjing dan kucing kalau patah kaki sebelah masih mampu berjalan bahkan boleh berlari kesana kemari.Manusia usahkan patah terseliuh sahaja sudah dipapah.

Terlebih makan banyak mengundang penyakit kalau sedikit makan badan pula lemah.Terlalu sejuk pun tidak tahan kalau panas pula mulalah terasa kehangatanya.Mudah sahaja ditimpa sakit,terlalu kerja melatihkan badan kalau langsung tidak buat apa-apa pun melesukan badan.Bila berhadapan udara tercemar sahaja mula berhingus hidungnya.Hidup tanpa air memang mendahagakan,kalau beberapa hari tidak minum air terus kO.

Apa yang terkeluar dari rongga-rongga manusia semuanya menjijikan,baunya busuk lagi meloyakan seperti keluar dari rongga lubang hidung,telinga,mata.,hidung, apatah lagi yang keluar dari depan dan belakang manusia.Jika diserang kudis,nanh yang keluar bahkan ulat pun boleh keluar juga.Sangat menjijikan dan meloyakan.

Itu baru jasad manusia yang kita perkatakan belum lagi jasa abtin datu bersifat Maknawiyah.Bila disebut soal hati dan perasaan bermacam-macam boleh kita kupas.Apabila perasaan benci menghina,menngfitnah.Aduh lebih-lebih lagi menderita  dan tergugat diri hilang ketenangan.Sesetengah manusia kecewa bahkan putus asa melihat orang kaya atau senang,hati sakit pula datang penyakit hasad dengki,lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakit apabila masyarakat sudah rosak.Berbagai-bagai gejala masyarkat yang menakutkan terjadi seperti jenayah pergaduhan,pencurian,rompakan,perogolan,dan pencurian.Masyarakat hidup dalam ketakutan,Negara cantik tapi hidup dalam porak peranda.Dimanakah Keistimewaan manusia??Akal yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya.Hanya hawa nafsu menjadi ikutan.


OLEH ITU PATUTKAH MANUSIA SOMBONG DAN BANGGA DIRI??

1 comment:

  1. assalamualaikum...

    singgah dari Google Plus tuan, dan letak di bloglist sy

    http://www.khairilmazri.com

    ReplyDelete