Friday, September 28, 2012

Melatih Diri Menahan Nafsu Dan Syahwat


Ketahuilah Wahai Manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu dari iblis.Syaitan hanya memperalatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu.Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan.Watak nafsu berasa aman dan suka berlengah-lengah,bersuka-suka dan malas.Setiap rayuanya batil dan palsu belaka.Jika engkau rela mengikuti rayuannya hancurlah engkau.Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam.Jika engkau lemah melawannya,lalu mengikuti kehendaknya,tentulah ia melemparmu ke Neraka.Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan.Ia sumber bencana.Dialah merkas Iblis serta tempat segal keburukan yang hanya 
diketahui oleh Allah.Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat,baik mahupun jahat.

Diceritakan bahawa Malik Bin Dinar berjalan dipasar Basrah.Dia melihat buah tin hingg timbul keinginan terhadap buah itu.Dia membuka kasutnya dan memberikan kepada penjual buah tin itu,lalu Malik bin Dinar berkata"Berikan buah tin itu"dan si penjual itu melihat kasut lalu berkata"oh ini tidak cukup!"Kemudian Malik berlalu pergi.Maka dikatakan kepada penjual itu"Apakah engkau tidak mengetahui siapakah dia?:Penjual itu menjawab"Tidak"dikata kepadanya."Dialah Malik Bin Dinar"Dengan segera penjual itu bakul di bahu pelayannya seraya berkata,Jika ia menerima buah ini maka engkau merdeka!.Kemudian pelayan itu mengikut jejak Malik Bin Dinar lalu berkata kepadanya."Terimalah buah ini daripadaku"kata pelayan itu. Malik Bin Dinar menolaknya"Terimalah sebab disini kemerdekaanku"kata pelayan itu lagi.kemudian Malik Bin Dinar menjawab"Jika disini kemerdekaan bagimu,maka disini pula seksaaan bagiku"Namun pelayan itu tetap mendesak-desak sehingga Malik Bin Dinar berkata"Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak mahu makan buah tin sampai kiamat"

Diceritakan pula bahawa Malik Bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya.Dia ingin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas.Pelayan segera menyediakannya.Kemudian Malik mengambil dan memdangnya sejenak seraya berkata,"Wahai nafsuku,engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun,padahal umurmu tinggal sesaat lagi."maka dia buang susu dari tangannya,dia tahan nafsunya hingga dia meninggal...Demikianlah sifat para anbiya,aulia,Siddiqin dan zahidin serta orang-orang yang merindui Allah.

Nabi Sulaiman berkata

"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit  daripada membuka sebuah kota sendiri"

"Perangi nafsumu dengan taat dan riadhah(latihan rohani).Riadhah adalah mengurangkan tidur,makan mahupun bercakap,menahan kepedihan daripada makhluk.sedikit tidur akan mensucikan kehendak,Sedikit berkata akan selamat dari bencana.Dan pedih dapat menghantar sampai ke puncak.Bahkan sedikit makan dapat menundukan syahwat.Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilagkan cahayanya.Dan cahaya hikmah adalah lapar.serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah.Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

"Teranngkan Hatimu dengan lapar.Perangilah nafsumu dengan lapar dan dahaga.Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar.Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agam Allah.Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan dahaga.Tidak masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."

Daripada Lukman Alhakim,dia berkata kepada puteranya

"Janganlah engkau banyak tidur dan makan.barangsiapa memperbanyak keduanya pada hari kiamat dia miskin amal soleh.

Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."





Tuesday, September 18, 2012

diri yang lalai


Kita mengejar dunia sehingga lalai pada Allah. Kita berdampingan dengan makhluk sehingga meninggalkan ibadat, kita mengikuti nafsu sehingga menjadi hamba padanya.  Semuanya itu membinasakan kita, namun hati kita tidak merasa apa-apa, tidak bersedih, tidak menyesal dan sedikitpun tidak merasa rugi apa-apa.


Kalau begitu hati kita benar-benar tertutup, dan matahati kita sudah menjadi buta. Di bulan yang mulia ini bangunkan hati, celikkan mata memandang diri yang lalai dan renunglah sebentar pada nikmat yang diberikan Allah, nescaya kita akan merasa takut dan malu pada Allah.  Dialah Tuhan yang tidak pernah lupakan kita sedangkan kita hamba yang sentiasa lupa pada-Nya. 
Allahummar firlana warhamna


Saturday, September 15, 2012

Kurang lemak kurang penyakit

Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami penyakit atau masalah lebih berat badan.Apakah faktor risiko masalah kesihatan seseorang meningkat jika ahli keluarganya mengalami berat badan berlebihan.

Obes telah menjadi satu masalah utama diMalaysia,dengan jumlah obesiti dikalangan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak15 tahun yang lalu dari 14% pad 1996 kepad 14peratus pad tahun 2010.Yang membinbangkan adalah kadar obesiti dikalangan kanak-kanak juga meningkat pad kadar yang membimbangkan dan ia kini merupakan salah satu masalah pemakanan yang paling lazim di seluruh dunia.

Faktor-fakto utama yang menyebabkan Obesiti.

-Tabiat pengambilan makan yang kurang berkhasiat dengan pengambilan makanan berlemak.

-Gaya hidup yang tidak aktif dan kurang melakukan atau langsung tiada aktiviti fizikal.

Obesiti juga antara faktor penyakit kronik singgah dibadan anda antaranya

-Penyakit kencing manis
-Strok
-Penyakit jantung

Jangan jadi sebahagian daripada statistik ini,pencegahan adalah semudah makan secara sihat dan buat aktiviti fizikal.Mulakan dengan sekadar jalan kaki dan selalu naik tangga di pejabat anda.Sasar dengan tekad yang kuat  untuk berjalan kaki 10,000 langkah setiap hari.

Malah melakukan aktiviti kerja rumah bersama-sama mampu mengurangkan risiko obesiti.Jangan terlalu mengharapkan bibik sahaja.

Kalau dah bersenam tapi tak menjaga pemakanan merupakan pekara sia-sia sahaja.
Kurangkan pengambilan makanan segera yang boleh anda menempah kubur dengan segera.Kurangkan makanan berlemak,gula dan garam.

Selamat berjaya!!


Thursday, September 13, 2012

Mengenali Insan(manusia)


Mari kita mengenali Insan(Manusia),kejadian pertama bermula dari tanah kemudia dari air mani yang hina dan meloyakan,Ianya keluar dari tempat yang hina dan menjijikan lagi memalukan.Fizikalnya lemah daripada haiwan.Tercucuk duri kecil sahaja sudah menjerit.Anjing dan kucing kalau patah kaki sebelah masih mampu berjalan bahkan boleh berlari kesana kemari.Manusia usahkan patah terseliuh sahaja sudah dipapah.

Terlebih makan banyak mengundang penyakit kalau sedikit makan badan pula lemah.Terlalu sejuk pun tidak tahan kalau panas pula mulalah terasa kehangatanya.Mudah sahaja ditimpa sakit,terlalu kerja melatihkan badan kalau langsung tidak buat apa-apa pun melesukan badan.Bila berhadapan udara tercemar sahaja mula berhingus hidungnya.Hidup tanpa air memang mendahagakan,kalau beberapa hari tidak minum air terus kO.

Apa yang terkeluar dari rongga-rongga manusia semuanya menjijikan,baunya busuk lagi meloyakan seperti keluar dari rongga lubang hidung,telinga,mata.,hidung, apatah lagi yang keluar dari depan dan belakang manusia.Jika diserang kudis,nanh yang keluar bahkan ulat pun boleh keluar juga.Sangat menjijikan dan meloyakan.

Itu baru jasad manusia yang kita perkatakan belum lagi jasa abtin datu bersifat Maknawiyah.Bila disebut soal hati dan perasaan bermacam-macam boleh kita kupas.Apabila perasaan benci menghina,menngfitnah.Aduh lebih-lebih lagi menderita  dan tergugat diri hilang ketenangan.Sesetengah manusia kecewa bahkan putus asa melihat orang kaya atau senang,hati sakit pula datang penyakit hasad dengki,lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakit apabila masyarakat sudah rosak.Berbagai-bagai gejala masyarkat yang menakutkan terjadi seperti jenayah pergaduhan,pencurian,rompakan,perogolan,dan pencurian.Masyarakat hidup dalam ketakutan,Negara cantik tapi hidup dalam porak peranda.Dimanakah Keistimewaan manusia??Akal yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya.Hanya hawa nafsu menjadi ikutan.


OLEH ITU PATUTKAH MANUSIA SOMBONG DAN BANGGA DIRI??