Friday, July 27, 2012

Zakat Fitrah



Pendahuluan 
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Takrif Zakat Fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Kefardhuan Zakat Fitrah
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan ... dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.
2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.

3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus - iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal - iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh - iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.






Thursday, July 19, 2012

Wahai Kaum Adam





•.♥• WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu


•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥•Nasihatilah dia
•.♥•Perbetulkan kesilapannya
•.♥•Jagalah dia dgn baik
•.♥•Kasihanilah dia
•.♥•Lindungilah dia
•.♥•Berilah kasih syg padanya
•.♥•Hargailah dia
•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥•Bersabar dengannya
•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥

Tuesday, July 17, 2012

Sheikh Abdul Rahman Sudais,Imam Masjidil Haram Tafsir Mimpi Orang Bogel Tawaf Di Kaabah



Sheikh Abdul Rahman Sudais,Imam Masjidil Haram Tafsir Mimpi Orang Bogel Tawaf Di Kaabah

Kisah ini diceritakan oleh Tuan Guru Haron Din di salah satu kuliah beliau beliau suatu masa dahulu. Kuliah tersebut dibukanya dengan satu pertanyaan kepada hadirin. Soalan beliau adalah:

Pernahkah anda semua bermimpi melihat diri anda berbogel?

Hadirin sedikit tersetak kerana tidak menyangka soalan sebegitu yang akan dilontarkan oleh tuan guru. Namun tiada seorang pun di kalangan hadirin yang mengangkat tangan. Selepas beristighfar Tuan Guru Haron Din menyambung kuliah dengan menceritakan satu kisah. Menurut beliau kisah tersebut diambil daripada satu majalah berbahasa arab.

Dalam majalah itu ada satu artikel yang menceritakan tentang satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais. Dalam program wawancara tersebut ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafsiran mimpi. Namun ada sebahagiannya beliau tahu.

Lantas pemanggil itu menceritakan mimpinya. Dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki yang sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh Sudais menjawab:

MasyaAllah..! MasyaAllah..!. Tafsir mimpi ini ana tahu. Orang di dalam mimpi itu akan mendapat keampunan daripada Allah dan segala amalannya diterima. Dia seumpama anak yang dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya lagi:

Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya itu?

Sheikh Sudais menjawab:

Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki yang sangat bertuah itu

Pemanggil itu lantas berkata:

Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya tersebut tak lain dan tak bukan adalah tuan sheikh sendiri

Sheikh Sudais terkejut lantas menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Subhanallah!!! Sememangnya Sheikh Abdul Rahman Sudais ini insan istimewa. Selain daripada beliau seorang hafiz, beliau telah dikurniakan oleh Allah menjadi insan istimewa di dunia lagi. Mana tidaknya, beliau dipilih oleh Allah menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Tempat suci ummat Islam. Tempat yang digandakan beribu kebaikan di atas satu kebaikan yang dilakukan di dalamnya. Allahuakbar! -
Ustaz Haniff

لا إله إلا الله محمد رسول الله

سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ

سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّهِ الْعَلِىّ الْعَظِيْم

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir",
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"

Sunday, July 15, 2012

Niat Puasa Ramadhan



Ada yang dah lupa ke lafaz niat puasa? Mentang-mentang puasa sebulan setahun. Kita tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. 

Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.

Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Friday, July 13, 2012

Senjata Itu Menghalang Daku!

"Wahai rakanku kenapa keadaanmu begitu menyedihkan"?Tanya syaitan gemuk kepada Syaitan Kurus.

Kasihan dia melihat rakannya itu.Tubuhnya kurus melidi,tidak berpakaian.Wajahnya sentiasa murung kesedihan.

Keadaanya itu jauh berbeza dengan syaitan gemuk yang sihat,berperut buncit dan lengkap berpakaian serba cantik,wajah syaitan gemuk itu sentiasa riang,mulutnya asyik ketawa gembira.

"Kau lihat aku.Sentiasa Kenyang hasil godaanku terhadap manusia.Pada waktu mereka makan dan minum,aku juga turut serta.Apabila mereka memakai baju,pun aku juga memakainya juga.Dalam apa juga dilakukan manusia itu,aku juga turut serta.Hasil hidupku begitu mewah kerana pemberian manusia itu"Kata syaitan gemuk itu lagi.

"Jikalau begitu nasibmu begitu beruntung wahai temanku.Sedangkan aku tidak dapat menumpang kenyang daripada manusia yang aku goda"Jawab syaitan kurus sedih.
"Mengapa begitu rakanku?Apakah yang menyebabkan engkau terhalang daripada menikmati kesenangan seperti aku?"Tanya rakanku lagi.

"Wahai temanku,Manusia yang aku goda itu mempunyai senjata.Setiap kali mereka hendak makan dan minum mereka akan menggunakan senjata itu.Begitu juga mereka hendak menyarung pakaian,bahkan dalam segala perkara mereka akan menggunakan senjata itu.

Senjata itu menyebabkan langkahku terhalang.Menyekat aku dari turut sama makan,minum bersama-sama mereka.Aku tidak dapat menyertai apa sahaja aktiviti yang mereka lakukan.Sebab itu tubuhku kurus dan tidak berpakain.Aku sentiasa kelaparan dan kehausan"Jerit syaitan kurus.

Lantas syaitan gemuk bertanya,"Siapakah golongan manusia itu?Apakah senjata mereka yang menghalang wahai rakanku?"

Mereka adalah golongan mukmin dan mulutnya tidak lekang dari berzikir dan Bismillah dalam setiap perkara
yang hendak mereka lakukan,mereka tidak pernah lupa dengan kalimah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

"Nama Allah tidak pernah lekang daripa mulut mereka  sebelum melakukan sesuatu perkara.Itulah 'senjata'
mereka yang menghalang daku daripada turut serta mejamah rezeki mereka dan gagal mendapatkan pakain mereka"Jawab syaitan kurus.

Sambil mengangguk kepala,syaitan gemuk berkata"Jikalau begitu.aku memang beruntung.Malah kau berterima kasih kapada manusia yang aku goda.

"Mereka tidak pernah Menyebut kalimah Nama Allah dalam setiap perbuatan mereka.Kerana itu setiap kali mereka dan,minum berpakain aku boleh turut serta dengan mereka.Sebab itu aku sentiasa kenyang dan berpakaian cantik begini"

Sabda Nabi:Bagi setiap perkara atau perbautan yang tidak dimulai dengan Bismillah,Maka terputus Rahmat Allah SWT.




Saturday, July 7, 2012

KiSaH 7 PeMuDa TeRtiDuR 300 TaHuN (Dalam Surah Al-Khafi)


 
Pada zaman dahulu kala, ada 7 orang pemuda yang beriman teguh pada Allah SWT. Raja dalam negeri tersebut ialah Raja Daqyanus. Beliau memaksa rakyat-rakyat beliau supaya menyembah berhala, tetapi 7 orang pemuda itu tidak mahu mengikut perintahnya. Lalu raja itu mengancam akan membunuh mereka kalau tidak mahu menyembah berhala. Tetapi mereka tetap berpegang teguh pada agama mereka dan tidak mahu menyembah berhala meskipun akan dihukum bunuh. Kemudian, mereka meninggalkan negeri tersebut dan melarikan diri bersembunyi di dalam sebuah gua agak jauh dari negeri tersebut. Di tengah jalan, mereka diikuti oleh seekor anjing, mereka cuba mengusir anjing tersebut tetapi anjing itu terus mengikuti mereka.
        Setelah mereka sampai di gua yang dituju, masuklah mereka ke dalamnya sementara anjing yang menjaga mereka menjaga pintu mereka. Di sini, mereka menghabiskan masa dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Akhirnya mereka ditidurkan oleh Allah senyenyak-nyenyaknya sehingga tidak mendengar sesuatu apa pun. Maka, tidurlah mereka di dalam gua itu selama 300 tahun. 
         Sementara itu, Raja Daqyanus yang memaksa rakyatnya menyembah berhala itu telah mati dan telah digantikan dengan raja yang kemudiannya. Akhirnya, negeri itu diperintah oleh seorang raja yang beriman kepada Allah SWT dan berlaku adil terhadap rakyatnya. Pada masa itu, terjadi perselisihan faham dalam negeri tersebut tentang hari kebangkitan(hidup kembali sesudah mati untuk menerima balasan Yang Maha Adil dari Allah SWT). Ada di antara mereka yang mempercayainya, ada rakyat yang mengingkarinya. Lalu, raja itu meminta pada Allah SWT supaya menerangkan jalan kebenaran bagi rakyatnya.
          Dengan kehendak Allah SWT,  tidak lama kemudian salah seorang pengembala kambing raja tersebut  telah merobohkan tutupan lubang gua itu di mana tempat 7 orang pemuda itu tertidur. Pengembala yang hendak membuat tempat kandang kambingnya telah menyebabkan mereka tersedar dari tidur. Kata salah seorang daripada mereka "Berapa lamakah kita tidur disini?". Kata yang lain, "Allah lebih tahu berapa lama kita tidur di sini".
         Kemudian mereka mengutuskan seorang teman mereka pergi ke dalam kota negeri tersebut untuk membeli makanan dengan wang perak yang dibawa bersama ke dalam gua tersebut, seraya berkata, "Pergilah membeli makanan yang enak dan bawa ke mari serta hendaklah berlaku lemah lembut supaya tiada orang yang mengetahui keadaan kita disin. Jika mereka mengenal kita, sudah tentu mereka akan merejam kita dan memaksa untuk memeluk agama mereka". 
          Setelah pesuruh itu masuk ke dalam kota itu, lalu dibelinya makanan dan dibayar dengan wang perak tersebut keluaran buatan Raja Daqyanus itu. Apabila penjual itu mendapat wang simpanan raja dahulukala itu, maka dibawa nya pesuruh itu menghadap raja. Setelah raja melihat wang lama tersebut, maka ditanyanya, "Dari mana kamu dapat wang ini?" sahut pemuda itu, "Wang ini kami bawa dari kota ini sebelum kami melarikan diri ke dalam gua kerana takut dibunuh oleh Raja Daqyanus kerana kami tidak mahu menyembah berhala." Raja itu bertanya lagi, "Dimana gua kamu duduki itu?". Maka dijawab pesuruh itu,"Tempatnya di sebelah sana." 
            Kemudian raja itu pergi bersama pembesar-pembesarnya ke gua tersebut dan ditemani oleh pesuruh tadi. Tatkala raja dan pembesarnya melihat hal ehwal 7 orang pemuda itu serta seekor anjing, mereka berasa sangat takjub dan hairan kerana Raja Daqyanus itu telah mati 300 tahun dahulu. Ini bermakna mereka telah tertidur selama lebih 300 tahun di dalam gua itu. 
           Dari peristiwa itu, mereka mendapat dalil dan keterangan, bahawa Allah SWT  berkuasa menghidupkan orang yang telah mati untuk dibalas dan diadili atas segala perbuatannya di atas dunia ini. Kerana apabila Allah SWT berkuasa menidurkan 7 orang pemuda itu selama 300 tahun, kemudian dibangunkan kembali, tentu Allah SWT berkuasa pula menghidupkan orang mati pada hari kiamat. Kemudian pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat tinggal kepada raja, lalu mereka kembali ke tempat tidur masing-masing. Ketika itu, Allah SWT mewafatkan mereka semua.  Maka dengan rasa terharu, raja tersebut mengkafani mereka semua dengan kainnya sendiri dan dimasukkan ke dalam peti, lalu dikuburkan disitu. Dan kemudian dibuat kan masjid di pintu gua itu sebagai memperingati pemuda-pemuda itu.




Kelebihan Solat Malam.

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan.

Wednesday, July 4, 2012

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban



Secara ringkasnya Nisfu Syaaban bermaksud setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah .


Nabi Muhammad s.a.w.  menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga.Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.