Saturday, October 27, 2012

kisah Kelebihan Sembahyang Tasbih


Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda kepada Al-Abbas"Wahai memanda,sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu?"Ya aku suka ya Rasulullah S.A.W.Semoga anda tetap menjadi kesayangku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku"

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda;Wahai Al-Abbas,sembahayanglah kamu 4 rakaat dan bacalah pada tiap satu rakaat surah Alfatihah,kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca

SUBHANALLAH,WALHAMDULILLAH,WALAA ILLAHA ILLALLAH,WALLAHU AKBAR sebanyak 15 kali

dan kemudian rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali,

kemudian iltidal hendaklah kamu membaca 10 kali,

ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali,

duduk setelah sujud juga 10 dan apabila  sujud kedua hendaklah 10 kali

kemudian duduk setelah sujud hendaklah dibaca 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi;'Wahai Al-Abbas,andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T"

setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah S.W.T maka Al-Abbas berkata 'Ya..Rasulullah S.A.W..,kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari,bagaimana?"

Rasulullah berkata"Kalau kamu tidak dapat mengerjakan setiap hari,kerjakanlah setiap hari Jummat.'Bagaiman kalau kalau saya tidak dapat melakukanya pada setiap hari Jumaat?"

Rasulullah menjawab;"Wahai Al-Abbas,sekiranya kamu tidak dapat melakukanya pada setiap hari Jumaat lakukanlah sebulan sekali."

Al-Abbas berkata lagi;"Kalau saya tidak dapat melakukanya sebulan sekali bagaimana?"

Rasulullah berkata:"Kalau kamu tidak dapat menegerjakan sebulan sekali maka bolehlah kamu mengerjakan setahun sekali."

Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Sembahyanglah kamu dirumahmu(yakni sembahyang sunat),dan janganlah kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur(yakni hanya tempat tidur)


Thursday, October 18, 2012

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Friday, October 5, 2012

Jangan Tinggal Daku

Pertama:Aku tidak mahu engkau dicampakkan kedalam neraka yang marak selama 30tahun yang mana apabila angka ditukarkan ke tahun akhirat menjadi 60ribu tahun.

Kedua:Aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh seribu umat manusia.

Ketiga:Aku tidak mahu dosamu dicatatkan bagai telah meruntuhkan Baitullah aiitu Kaabah yang agung di Masjidilharam.

Keempat:Aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagai berzina dengan ibu kandung sendiri.

Kelima:Aku tidak mahu hidupmu dimuka bumi ini hilanh dari keredhaan-Nya,tidak mendapat nikmat-Nya.Oleh kerana itu,janganlah engkau tinggalkan kelima-lima waktu yang aku sebutkan diatas.

Sesungguhnya aku tidak mahu melihat engkau terseksa dengan hukuman yang maha berat itu.Aku tidak akan pernah pinta kemewahan jauh sekali wang ringgitmu.Yang aku pinta hanya sedikit waktu.Bahkan mungkin lima minit.

Ya!hanya itu yang aku pinta,agar engkau tidak meninggalkan solat...

Sabda nabi:Perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t di akhirat adalah solat.Jika seseorang hamba itu baik solatnya,maka dia akan mendapat kejayaan.Sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya,dia akan menerima kekecewaan dan kerugian.Hr At-Tabrani.

Thursday, October 4, 2012

Pahala Bagi Mereka Yang Sabar


Ali r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda"sabar itu ada tiga"

1)Sabar terhadap musibah,Yakin sabar dan tidak merasakan marah terhadap musibah yang menimpanya sebalinya dia menerima dengan baik musibah itu.Maka Allah S.W.Tmencatatkan baginya yakni mentakdirkan atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat,yakni darjat yang tertinggi disyurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2)Barangsiapa yang sabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seoerti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.

3)Barangsiapa yang bersabar dari maksiatyakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darja itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy.Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda.Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.