Friday, June 29, 2012

Bersyukurlah dengan nikmat Allah



Nikmat Allah yang diberikan kepada kita terlalu banyak,pelbagai-bagai kenikmatan yang diberikan.Kita mempunyai anggota badan yang sihat,mampu berkerja mencari nafkah untuk dibawah pulang dan berkongsi rezeki kepada anak-anak dan ahli keluarga.Rumah,Isteri dan anak-anak juga merupakan kenikamtan yang diberikan Allah.

Persoalannya adakah kita bersyukur dengan kenikmatan itu?.Pelbagai cara menunjukkan tanda syukur dengan kenimatan itu kepada Allah S.W.T.Gunakan segala kenikmatan pada diri kita seperti anggota badan untuk bersolat,berzikir tanda takut kepada Allah.Berzikir memuji kebesaran dan kesuciannya serta memohon keampunan kepada-Nya.Gunakan tenaga kita memperjuangkan agama Islam yang tercinta.

Selain itu,kenikmatan harta digunakan untuk menolong anak-anak  yatim,manusia miskin dan bersedekah kejalan Allah.Sesungguhnya harta kita bukannya total seratus peratus milik kita tetapi ada hak orang lain untuk diberikan dan merasai kenikmatan bersama-sama.

Korbankan nikmat Allah dengan cara yang betul tanda syukur kita atas segala nikmat,rahmat dan anugerah-Nya.Jangan sesekali kita gunakan kejalan yang dimurkai dan bertentangan kehendak Allah.Jika Allah murka dia boleh rentap bila-bila masa atas segala kenikmatan.Semoga kita terhindar dari segala macam musibah yang tak mampu kita hadapi. WASALAM...

Monday, June 25, 2012

Kisah Yaaqub as dengan Malaikat Maut

Tersebut dalam kitab 'Zahtir Riyadh'bahawa Yaaqub as bersahabat dengan Malaikat Maut.Maka pada suatu ketika Malaikat Maut datang kepada Yaaqub,

Yaaqub berkata
"Wahai  Malaikat Maut engkau datang untuk ziarah atau mencabut nyawaku?" 


Malaikat Maut menjawab "untuk Ziarah sahaja"


Lalu Yaaqub berkata
 "Aku mempunyai permintaan darimu?"


Malaikat Maut bertanya,''Apakah permintaanmu?"


Yaaqub menjawab, "Bila tiba ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku,hendaklah engkau beritahuku terlebih dulu." 


Malaikat Maut menjawab, "Baiklah,aku akan mengutuskan kepadamu dua atau tiga utusan."


 Maka ketika ajal Yaaqub telah sampai, Malaikat Maut datang lalu kepadanya,lalu tegur Yaaqub 
"Apakah engkau datang untuk ziarah atau mencabut nyawku?" 


Malaikat Maut menjawab, "Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu." 


Lalu Yaaqub menjawab hairan,"Bukankah engkau telah berjanji untuk mengutuskan dua atau tiga utusan terlebih dahulu?"


 Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukanya.


Putihnya rambutmu setelah hitam,
lemahnya badanmu setelah kuat dan 
bongkoknya tubuhmu setelah tegap,


itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ia mati"

Friday, June 22, 2012

Kelebihan Berselawat


"Keselamatan Kasa terletak pada sedikitnya makan,Keselamatan roh terletak pada sedikitnya dosa,dan keselamatan agama terletaknya pada membaca selawat kepada"Khairil Anam"(Muhammad SAW)"

Tersebut sebuah hadis,Dari Rasulullah SAW,baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.Sayapnya sebelah mencapai bahagian timur yang sebelah lagi mencapai pada bahagian barat,kepalanya dibawah Arasy dan kedua kakinya dibawah dasar bumi ketujuh.ia mempunyai bulu sebanyak bilangan mahkluk Allah.Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku,maka Allah memrintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur dibawah Arasy.Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya hingga setiap bulu menitis setitis Nur.Daripada setiap titis itu Allah menjadikan malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat"

Thursday, June 21, 2012

Perbanyakanlah beristighfar



Perkara yang paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah ialah Istighfar dan taubat kepada Allah. Menurut Al Nawawi taubat hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim.

Terdapat banyak ayat yang menunjukkan kepada kepentingan bertaubat dan istighfar sebagai pintu rezeki dan keredaan Allah. Antaranya, Firman Allah menerusi surah An-Nuh ayat 10-12:

Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai(yang mengalir di dalamnya)."

Rasulullah S.a.w. bersabda:-

"Orang yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah s.w.t akan menjadikan kemudahan dalam setiap kesusahannya dan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka."
(HR Ahmad)

Dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. mengkhabarkan ada 3 hasil yg boleh dituai oleh orang yg memperbanyakkan bacaan istighfar.

Pertama, diberi kemudahan dlm setiap kesusahan,

Kedua, diberikan jalan keluar dari setiap kesempitan,

Ketiga, rezeki dari Allah dari jalan yg tidak disangka sangka,

Ibn Jauzi pula telah menyorot kata-kata Ibn Abbas dengan pendapat bahawa orang yang bertaubat kepada Allah akan dikurniakan rezeki yang banyak dan kemewahan. Perkara ini adalah bertujuan memberi galakan kepadanya agar terus istiqamah melakukan amal soleh itu.

Al Qurtubi juga menyokong pandangan tersebut dengan katanya "Ini merupakan hasil istighfar dan taubat, iaitu Allah akan mengurniakan seseorang itu limpahan rezeki dan kenikmatan hidup. Allah juga tidak akan menimpakan ke atas kamu azab seksa sebagaimana yang telah ditimpakan ke atas golongan-golongan yang ingkar sebelum kamu."

Menurut Al Qurtubi lagi, Saidina Ali r.a. pernah menyuruh seorang sahabat yang beristighfar agar mengulangi istighfarnya semula kerana istighfar itu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa ada roh penghayatan

Dosa merupakan antara sebab ketat dan sempitnya rezeki seseorang...oleh itu beristighfar dan bertaubatlah dan ikhlaskan hati dlm berzikir dan memohon keampunan semata-mata keranaNya...insyaallah dipermudahkan segala urusan.

Monday, June 11, 2012

Zikir Taubat



Aku memohon ampun yaAllah,Maha penerima taubat,
Aku memohon ampun yaAllah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaKu ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha..

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 6, 2012

Petua Cuci Hati




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, June 5, 2012

Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf



SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.


Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. 

Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya. 
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. 

Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.

Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. 

Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. 

Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.SUMBER:bharian.com.my

Friday, June 1, 2012

kelebihan Pahala Umat Muhammad


Ka'bul Akbar berkata bahawa"Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi Musa A.S yang mana Allah S.W.T berfirman yang maksudnya:

"Wahai Musa,dua rakaat sembahyang pada waktu Subuh  oleh Muhammad dan Umatnya ,Aku akan mengampunkan bagi mereka(yang mengerjakan solat Subuh)semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari,dia tetap dibawh lindunganku"

Firman Allah S.W.T 
"Wahai Musa,Solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya,Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama,Aku akan beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua,pada rakaat ketiga Aku kerahkan para Malaikatku bertasbih dan membaca Istighfat(memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat,Aku bukakan untuk mereka pimtu-pintu Langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka"

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,empat rakaat Solat Asar yang dikerjakan  oleh Muhammad dan umatnya,maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka,maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat,tidak Aku siksa mereka itu"

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,Solat Maghrin tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya,i iaitu ketika terbenam,maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan"

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,Solat Isya empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah,Solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu"

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,jika Muhammad dan umatnya berwudhu sebagaimana Aku perintahkan maka aku berikan kepada mereka setiap titik air Wudhu itu dengan Syurga yang luasnya langut dan bumi"

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,Puasa ynag dikerjakan Oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan-bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun,maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu Kota di Syurga dan tiap tiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka yang sunat alan diberikan pahala sebesar pahala fardhu,Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar,barang siapa yang membca Istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi bersungguh-sungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap kesalahannya Apabila dia mati pada malam itu atau pad bulan itu maka Aku beriakn pahala kepadanya 30 orang mati Syahid."

Firman Allah S.W.T
"Wahai Musa,diantara umat Muhammad S.A.W ada orang-orang yang berdiri diatas tempat-tempat yang tinggi untuk mengummandang Kalimah Syahadah La Illaha illahi.maka pahala bagi mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S dan rahmatku wajib keatas mereka,sedangkan murkaku jahu dari mereka dan tidak akan aku tetap bagi mereka pintu taubat selaman mereka tetap bersyahadat Ashadu An Laa Illaha Illalah."