Thursday, June 21, 2012

Perbanyakanlah beristighfar



Perkara yang paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah ialah Istighfar dan taubat kepada Allah. Menurut Al Nawawi taubat hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim.

Terdapat banyak ayat yang menunjukkan kepada kepentingan bertaubat dan istighfar sebagai pintu rezeki dan keredaan Allah. Antaranya, Firman Allah menerusi surah An-Nuh ayat 10-12:

Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai(yang mengalir di dalamnya)."

Rasulullah S.a.w. bersabda:-

"Orang yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah s.w.t akan menjadikan kemudahan dalam setiap kesusahannya dan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka."
(HR Ahmad)

Dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. mengkhabarkan ada 3 hasil yg boleh dituai oleh orang yg memperbanyakkan bacaan istighfar.

Pertama, diberi kemudahan dlm setiap kesusahan,

Kedua, diberikan jalan keluar dari setiap kesempitan,

Ketiga, rezeki dari Allah dari jalan yg tidak disangka sangka,

Ibn Jauzi pula telah menyorot kata-kata Ibn Abbas dengan pendapat bahawa orang yang bertaubat kepada Allah akan dikurniakan rezeki yang banyak dan kemewahan. Perkara ini adalah bertujuan memberi galakan kepadanya agar terus istiqamah melakukan amal soleh itu.

Al Qurtubi juga menyokong pandangan tersebut dengan katanya "Ini merupakan hasil istighfar dan taubat, iaitu Allah akan mengurniakan seseorang itu limpahan rezeki dan kenikmatan hidup. Allah juga tidak akan menimpakan ke atas kamu azab seksa sebagaimana yang telah ditimpakan ke atas golongan-golongan yang ingkar sebelum kamu."

Menurut Al Qurtubi lagi, Saidina Ali r.a. pernah menyuruh seorang sahabat yang beristighfar agar mengulangi istighfarnya semula kerana istighfar itu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa ada roh penghayatan

Dosa merupakan antara sebab ketat dan sempitnya rezeki seseorang...oleh itu beristighfar dan bertaubatlah dan ikhlaskan hati dlm berzikir dan memohon keampunan semata-mata keranaNya...insyaallah dipermudahkan segala urusan.

No comments:

Post a Comment