Friday, October 5, 2012

Jangan Tinggal Daku

Pertama:Aku tidak mahu engkau dicampakkan kedalam neraka yang marak selama 30tahun yang mana apabila angka ditukarkan ke tahun akhirat menjadi 60ribu tahun.

Kedua:Aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh seribu umat manusia.

Ketiga:Aku tidak mahu dosamu dicatatkan bagai telah meruntuhkan Baitullah aiitu Kaabah yang agung di Masjidilharam.

Keempat:Aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagai berzina dengan ibu kandung sendiri.

Kelima:Aku tidak mahu hidupmu dimuka bumi ini hilanh dari keredhaan-Nya,tidak mendapat nikmat-Nya.Oleh kerana itu,janganlah engkau tinggalkan kelima-lima waktu yang aku sebutkan diatas.

Sesungguhnya aku tidak mahu melihat engkau terseksa dengan hukuman yang maha berat itu.Aku tidak akan pernah pinta kemewahan jauh sekali wang ringgitmu.Yang aku pinta hanya sedikit waktu.Bahkan mungkin lima minit.

Ya!hanya itu yang aku pinta,agar engkau tidak meninggalkan solat...

Sabda nabi:Perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t di akhirat adalah solat.Jika seseorang hamba itu baik solatnya,maka dia akan mendapat kejayaan.Sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya,dia akan menerima kekecewaan dan kerugian.Hr At-Tabrani.

No comments:

Post a Comment